Ahah!you guys nak tau tak lepas aje aku post entry 1st dalam blog nih,baby adrian terus buang dia punya po-po.
baby aku memang ada masalah sikit bila sebut nak jumpa doktor.umur tak sampai 50 hari tapi cukup sensitif bila sebut
nak bawa dia pegi jumpa doktor atau klinik.confirm malam tu tak tidur.dia akan jadi gelisah.hasil nya,
aku dengan mummy adrian bawa baby jumpa doctor dengan keadaan mata sebam tak cukup tidur.
kali ni warna najis baby adrian nih lain macam sikit.hijau pekat.memang susu enfalac a+ nih tak sesuai kot?
ooohh..aku di dalam dilema,susu formula apakah pula harus ditukar kali ini?Rasa kesian pulak tengok my baby buang air besar
dengan gaya muka jesen king dalam filem do re mi.baby korang semua minum susu formula apekah?cuba suggest sikit kat aku
di ruangan komen di bawah.
Cerita mengenai lampin pakai buang pulak.baby adrian masih lagi mengunakan lampin saiz new born.maybe next week i can change to size m dah kot.
harap-harap berat badan baby adrian makin naik.risau pulak sebab last time aku bawak dia pergi timbang berat baby turun 0.2kg.even doctor cakap
itu normal,aku tetap risau!berbalik kepada cerita lampin tadi.at firt aku beli drypers.memang hampeh!cepat sangat berbulu.and then lampin tu macam tak serap sangat
air kencing.habis tilam baby.then aku tukar beli 2 jenis sekali gus.huggies and pet-pet.so far kedua-dua lampin nih memang tiada masalah langsung.
pilihan yang pertama aku adalah huggies sebab lampin dia ringan dan memang tengok baby tidur dengan selesa.yang kedua aku pilih pet-pet.walaupun murah baby aku masih
ok lagi,cuma lampin pet-pet nih agak kembung sikit bila lampin tu dah penuh,nampak berat.yang pasti aku takkan guna drypers sebab berbulu!
so apakah pilihan lampin pakai buang yang korang suka guna?
setakat ini sahaja.jumpa lagi esok!selamat malam!
Roket Monster™ Malaysia|Parenting|Parenthood|Fatherhood|Blog
