Friday , 24 May 2013
Featured

rawatan alternatif demam kuning/jaundis untuk bayi selepas dilahirkan

baby adrian kena demam kuning/jaundis sehari lepas balik dari hospital.itu pun aku baru dapat tau selepas nurse datang
rumah untuk check mummy and adrian.dia suruh bawak ke klinik kesihatan ke esokkan hari nya.aku pun bawa lah mummy dan adrian ke klinik
and then lepas check up doktor bagitau baby punya jaundis level 213.aku pun tak tau apa kebenda nya 213 tu.
balik rumah aku call member aku cerita tentang level jaundis baby aku nih.dia cakap kalau ikutkan atas 200 diaorang dah tahan dekat ward.
lepas tu aku terus tak tentu arah.macam-macam yang aku buat dari google sampai ke on call aku survey.ada yang suruh bagi extract sengkuang
cina,bagi minum susu kambing.tapi aku tak buat pun.cuma aku buat apa yang nurse suruh aku buat.iaitu jemur baby dengan cahaya matahari pagi antara pukul 8-10.
itu pun aku buat dalam 30 minit.sehari 2 kali aku jemur baby.sebelah petang pulak aku jemur selepas pukul 5.

pada hari ke 3 selepas tu aku bawa lagi baby adrian ke klinik.doktor amik darah sekali lagi.alhamdulillah level kuning dah turun ke 170.
masa dekat klinik tu aku sembang dengan seorang pakcik nih.dia bawa cucunya ke klinik.dia pun bagi tips dekat aku.dia suruh aku ke kedai ubat cina untuk beli
ubat kuning dekat sana,ada 2 jenis satu untuk mandi dan satu serbuk campur dalam air suam.balik dari klinik aku terus ke kedai ubat.aku pun bagitau dekat tabib cina tu nak beli ubat kuning untuk baby.
dia terus tunjuk buah apa ntah.aku dah tak ingat nama.yang pasti buah tu memang keras.dia siap tolong hancurkan untuk aku.
dia pesan suruh guna sehari sekali.airnya berwarna kuning selepas direbus.sebelum guna tuh kena rebus serbuk buah tu selama 15-20 minit.kemudian tapis dan campurkan ke dalam mandian baby.
tak boleh campur dengan sabun.cuma air biasa aje.dan satu lagi.diaorang panggil serbuk mutiara.halus lagi dari susu formula.yang tu aku cuma campurkan
ke dalam air suam 2oz sebanyak 1mg setiap hari.bagi waktu tengah hari sahaja.alhamdulillah dalam masa 4 hari level jaundis anak aku terus turun ke paras normal.dah tak perlu bawa baby ke klinik.kesian sangat
tengok baby kena cucuk untuk amik darah.

sekarang adrian sudah pun berumur 50 hari.akal pun dah semakin banyak.apa-apa pun aku happy bila tengok dia sihat tak banyak ragam.
sampai disini saja untuk kali ini.kepada bapa-bapa atau ibu-ibu baru yang baby anda mengalami masalah demam kuning/jaundis mungkin boleh cuba ubat-ubat yang aku ceritakan nih.
korang boleh cari dekat kedai-kedai ubat cina yang berdekatan dengan anda.kalau cari tak jumpa jugak bagi yang duduk di penang anda boleh contact email aku.
gambar-gambar ubat dari tabib cina tu akan aku upload kemudian.

sekian,

 

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge